Sabtu, 3 Julai 2010


Ada Apa Dengan Cikgu?


Salam. Terima kasih atas respon saudara/i terhadap tulisan saya yang terdahulu. Nampaknya ramai guru yang tersinggung dengan tulisan itu. Entah ayat yang mana dikatakan memperlekeh dan memperlecehkan profesyen guru itu. Walhal yang dimaksudkan dengan "bersungut" itu adalah merujuk kepada sikap segelintir guru yang gemar merungut tentang bebanan tugas di dada akhbar. Mudah benar cikgu tersinggung, melenting dan melatah. Hingga menakutkan saya menyuarakan pandangan ikhlas.


Saya pastinya akan mengunci mulut rapat-rapat kalau saya bukan dalam kalangan guru. Tapi saya sudah berada dalam bidang ini agak lama juga dan tahu setara mana beratnya beban guru. Pada awalnya saya tidak mahu menyibuk dengan rungutan demi rungutan yang dibaca di dalam akhbar itu. Namun apabila rungutan itu acap kali benar tersiar seperti ini, saya fikir guru sudah berlebih-lebih. Mengapa hanya kelompok guru sahaja yang gemar merungut di dalam akhbar berbanding mereka dari profesyen lain? Kita sendiri sudah maklum bahawa tugas guru bukan sekadar menjadi guru bahkan turut menjadi kerani, juruteknik, jururawat, polis, kaunselor, tukang kebun, tukang masak hatta tukang cuci. Budaya itu telah diterima oleh guru sejak dulu lagi. Guru insan serba boleh. (Patutlah abang askar tu kata kerja cikgu lagi susah dari kerja askar)


Sejak saya kecil lagi saya lihat emak bawa balik buku-buku sekolah untuk diperiksa di rumah. Emak juga sering menulis, melukis dan mewarna di atas kad manila untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Pada awal tahun saya lihat emak bersengkang mata menulis rancangan tahunan yang panjang berjela. Tapi emak tak merungutpun. Malah sikap emak yang sering membawa kerja sekolah ke rumah telah menarik hati kami adik-beradik terhadap kerjaya guru. Kami sering bermain "cikgu-cikgu" dengan meniru perlakuan emak.


Kini, tugas guru telah banyak dikurangkan dan dipermudahkan dengan penggunaan teknologi moden seperti komputer dan internet. Saya tidak perlu lagi bersengkang mata untuk menulis rancangan tahunan macam emak dulu. Saya cuma memuat turun menerusi internet dan rancangan tahunan tersedia untuk dicetak. Saya juga tidak perlu pening-pening kepala mengira markah, menyusun ranking dan membuat analisa kerana sistem akan melakukannya untuk saya. Saya juga tidak perlu risau tentang BBM kerana saya boleh menggunakan perisian pendidikan sebagai alat bahan bantu mengajar saya. Kadang-kadang saya biarkan sahaja komputer menggantikan tugas saya mengajar murid-murid. Saya punya banyak masa untuk menyemak buku murid di bilik guru. Sempat juga saya bergosip, melayan internet dan membelek-belek katalog untuk persiapan raya nanti. Emak pun berasa hairan kenapa saya tidak pernah membawa balik kerja sekolah di rumah.


Kadang-kadang ada juga guru besar mengarahkan saya melakukan tugas-tugas selain mengajar. Tapi saya berasa seronok sebab boleh melakukan sesuatu yang berbeza daripada biasa. Saya bukanlah "gila kerja" atau "kaki bodek". Mungkin kerana minat, saya tidak merasakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan sebagai beban yang tak mampu digalas. Atau mungkin benar seperti kata salah seorang pengomen, saya tergolong sebagai "yang bernasib baik" kerana tidak pernah diarahkan bertugas pada hari Sabtu.


Apapun, saya memohon maaf atas "keceluparan" saya pada tulisan yang lalu. Saya sekadar mahu memberi pandangan ikhlas tanpa berniat memperlekeh-lekehkan kelompok guru. Saya maklum benar dengan perangai cikgu. Meski mulut mengomel, kerja pasti dibereskan. Anggap sahajalah saya mewakili ibu bapa yang bimbang mendengar rungutan-rungutan cikgu itu.

15 ulasan:

  1. ya la ...

    Cikgi kena ingat kita ada berpuluh ribu sekolah beratus ribu guru dan berjuta murid . Tak semua sekolah sama seperti sekolah cikgi . Tak semua murid sama seperti murid cikgi . Tak semua pengetua sama seperti pengetua cikgi .

    Tahukah cikgi ada sekolah tak dapat nak gunakan LCD .. di kelas . Ada sekolah bekalan letrik tak pernah cukup .. kena catu . Ini bukan sekolah di sabah & sarawak tapi di utara semenanjung .

    Saya pernah merasa di sekolah menengah yang tercorot dan sekarang mengajar di sekolah antara yang teratas . Teramat beza suasana kerja . Memang menjadi hak kalau cikgu2 di sekolah tercorot untuk membuang tugas2 sampingan elok tumpukan bersama dengan pelajar . Masa kat sekolah tercorot mana sempat nak buat itu ini .. nak ngajar budak pun kena kepung . Guna komputer bahan canggih pun tak ke mana ..akhirnya makmal komputer pun punah ranah dikerjakan .

    Tapi berbeza dengan sekolah sekarang . Sepatutnya kerajaan kena buka mata . Ibu bapa pun kena ambil peranan . Kebanyakkan ibu bapa hanya harap guru untuk tengok pelajaran anak mereka . Kat rumah dibiarkan sepenuhnya atas alasan cukuplah di sekolah ...

    jadi tak ke mana . Tak payahlah nak marah2 cikgu2 yang mengeluh . Biasanya yang mengeluh nie yang buat kerja . Yang kaki tuang tu ..ada 20-30 kerja kena buat pun relaks saja .. alih2 tak buat pun .

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang saya biarkan sahaja komputer menggantikan tugas saya mengajar murid-murid. Saya punya banyak masa untuk menyemak buku murid di bilik guru. Sempat juga saya bergosip, melayan internet dan membelek-belek katalog untuk persiapan raya nanti.

    He he he..mengata dulang paku serpih....

    BalasPadam
  3. yusup,
    1. sekolah luar bandar kemudahan kurang tetapi tekanan kerja juga kurang. sekolah bandar kemudahan mencukupi tetapi tekanan kerja lebih. setiap sekolah ada kepayahan tersendiri. pandai-pandailah menguruskannya.
    2. mak ayah salahkan cikgu, cikgu salahkan mak ayah. sampai bilapun tak akan ada penyelesaiannya.

    BalasPadam
  4. Pegawai JPN,
    Ha ha ha, kantoi. Pegawai JPN pun layan blog saya waktu kerja.

    BalasPadam
  5. tu yg sepatutnye cikgi kena cari...yg mengeluh tu cikgu sekolah mane...area mane...buat kerja tak..betul jugak kat yusof...kadang2 cikgu yg buat kerja banyak ni tak dihargai...sebab asyik buat kerja sampai xmakan,xsempat nak bukak katalog....kadang2 cikgu yg 'cemerlang' selalu pass kerja kat cikgu yg merungut ni...alasan nye saya ada hal penting...saya ada anak kucing tak makan...'boleh tolong' tak...cikgu yg merungut ni pun ok2 xpe kucing kat umah saya ade penjaga..dah makan rasenye...ade juga cikgu 'cemerlang' ni menggunakan kuasa VETO..bila keluar senarai tugas...cikgu2 yg merungut ni pun rancang la time nak bg makan kucing dia...tetibe keluar senarai baru...cikgu 'cemerlang' dh takde atau tugas dikecikkan sampai tak nampak...cikgu yg merungut ni...terpaksela bagi kucing dia makan sekali je...sebab tugas bertambah....cikgi kerja ape pun semua org nak buat kerja dgn ikhlas dan amanah sebab nak dapat gaji yg berkat untuk bagi famili makan...tak de cikgu yg mengeluh sebab tak nak buat kerja...

    BalasPadam
  6. Cikgu2 biasa ni selalunya hanya minat mengajar dan mendidik . Mereka lebih suka masa bersama dengan pelajar dan tak sempat mereka ni nak tackle JPN dengan buat dokumen itu ini , buat kertas kerja itu ini . Yang buat kertas kerja ni cikgu jenis pandai pasing tugas kat orang lain . Dia jadi mastermind tukang arah .

    Macam cikgu cemerlang kat sekolah saya ni bahan2 dia cikgu muda yang baru ngajar taip. Dia sendiri bagitau kita tak perlu susah . Kerja dia kumpul itu ini pastu buat dalam fail buat dokumentasi ambil gambar .. masuk dalam fail bagi lawa2 .

    Cikgu biasa nie selalunya rapat dengan pelajar dan sentiasa didampingi pelajar . Kalau kat sekolah lain aku tak tau la macam mana .

    Sekolah luar bandar kurang tekanan ? aku rasa cikgi ni ntah penah ngajar kat luar @ tidak . Ataupun asyik main katalog masa ngajar luar bandar dulu . Luar bandar la lagi tertekan nak didik pelajar yang mindanya di tahap rendah dan serba kekurangan untuk beli itu ini ..untuk pi tuisyen ... dan ibu bapa tak tau nak ajar anak kat umah macam mana .. ? Ini biasa ? Ada pula kalau anak nelayan lagi teruk kita nak asah minda untuk mereka belajar . Kalau kat sekolah menengah pun tak dapat eja macam mana nak ngajar subjek macam sains kat mereka nie .. ? Pastu nanti JPN datang sergah apa cikgu buat ? TPM kata tak layak dapat ANUGERAH CEMERLANG pasal pelajar tak lulus peksa ... jadi adakah ini adillll ....

    BalasPadam
  7. kebanyakan macam tu la..menjadi budaya di sekolah,bukan pelajar je membuli tetapi guru pun membuli atas dasar mintak tolong...saya yg pernah jd GSTT dan cikgu ganti pun kena buli...cikgu ganti hari cuti mane ade gaji...ade name dalam jadual bertugas,kena susun kerusi je aduhai cikgu2 otai kenapa kita ni tak boleh tgk org lain senang,padahal yg suruh bertugas cikgu DG44,48 kan gaji dh banyak kesianla cikgu ganti...gaji RM95.80 je sehari nak dtg sekolah jauh2 suruh susun kerusi,ape salahnye cikgu yg bergaji banyk dengan elaun lagi,ditambah plak pelajar dah kenal mintak je tolong pelajar kejap hari khamis...takkan cikgu ganti nak buat surat kena bertugas hari cuti untuk tuntut gaji..PPD tanye tugas ape? SUSUN KERUSI je...tak pe amikla RM5 ni duit poket...begitula agaknye kot..cikgi lyn ni ngajar sek ren ka...tak try tukar sek men ke..jgn p tukar sek elit saya suruh p try SMK Chung Hwa Wei Sin dah le,dekat ngan Gong Kapas...cube sebulan dua..ajar kelas tengah dah le...saya memang xde pengalaman lama..GSTT setahun je kat Chung Hwa..tapi okla kot...cg lyn kan bnyk pengalaman..agak2 boleh tgk katalog tak kat Chung Hwa...tak pun p SMK Panji ALam dahle..nantikan cakap suruh p sekolah Cina plak..

    BalasPadam
  8. Tanpa nama,
    1. Mcm sy kata setiap skolah ada kepayahan tersendiri. Sudah pastilah sy pernah ngajar kat pedalaman sebelum ke skolah skrg. Dah mmg kerja kita mengajar, payah cam mana pun kena buat gak. Nak merungut pasal apa.
    2. Klu stakat dokumentasi dan fail comel, rasanya tak beban pun. Ke guane cikgu?

    BalasPadam
  9. Penjaga kucing,
    1.Sy tak suka kucing sebab membusukkan rumah dan merosakkan sofa saya.
    2. Baru GSTT dah pandai merungut. Adatlah cikgu baru/ganti/GSTT kena buli dgn cikgu senior. Sape suruh nak jadi cikgu?
    3. Teringin gak nak ngajar Sastera Melayu kat murid cina. Dulu, masa blom msk maktab pernah gak ngajar budak cina kat skolah swasta. Okey je.

    BalasPadam
  10. ooo baru saya faham cara cikgu pengalaman menjawab kritikan dan luahan cikgu ganti/GSTT.Begitu kasar cikgu berpengalaman dan menghargai tugas guru seolah-olah memperlekehkan kewujudan cg ganti dan GSTT.Cikgu jgn lupe walaupun kami hanya sementara dan tidak belaja pedagogi cara mengajar tetapi khidmat kami tidak harus dipandang hina dan kecil.Cikgu berkata baru GSTT dah pandai merungut,adakah bila dh jadi cg tetap baru boleh merungut...memang releven cg ganti/GSTT kena merungut sebab kami hanya sementara dan boleh disepak terajang bila2 masa dan kami tidak diberi elaun yang tinggi dan kelebihan yg diterima oleh cg tetap...cg jgn lupe dan mendabik dada,sedarkah cg semasa cg berpantang atau ada cg yg perlu meningglakan tugas disekolah...siapakah yg dicari oleh pengetua,guru besar dan PPD untuk menggantikan cg...bila cg selalu diarahkan relief kelas yg kosong kerana cg mereka berpantang adakah cg selesa...memang ada yg tidak kisah tetapi dgn kecetekkan pengalaman saya di sekolah saya sentiasa mendengar keluhan cg tetap menerima arahan relief...adakah itu yg keikhlasan sejati cg tetap...walaupun kami yg mencari/memohon untuk menjadi cg ganti/GSTT tidakkah itu kerana keperluan sekolah..sungguh kasar dengan ungkapan 'baru GSTT/ganti dah pandai merungut'.Bersyukurlah cg wanita semua dengan jumlah yg ramai tidak mustahil dalam satu2 masa cg tetap yg berpantang melahirkan anak ramai dan siapakah yg perlu untuk gantikan mereka...bukankah cg ganti yg tidak boleh merungut ini...adakah cg mahu dua jadual waktu dalam satu mase...semestinya tidak..pengalaman saya baru sedikit kalau lama lagi maka dapatlah saya tgk keikhlasan sebenar cg tetap ini ye...

    Adatlah cikgu baru?ganti/GSTT kena buli...ooo ini jawapan bernas cg yg berwibawa dan berpengalaman...kalau cg baru kena buli dgn niat untuk belajar membuat kerja ada logiknya kerana mereka akan terus tetap dan menerima gaji dan elaun seperti cg...tapi jawapan biasalah kena buli tidak menggambarkan jawapan dr cg yg ikhlas mengajar...kalaulah pelajar yg membaca cara cg menjawab tidak mustahil mereka mencontohi sifat mulia cg ini ye...buli cg ganti/GSTT pun agak2 la cg oii tgk lah ape yg kami dapat...jgn ikut nafsu semata-mata...'kite bg cg tu je la..kita pass kat cg tu je la'..tanpa memikirkan keadaan dan ape yg cg ganti/GSTT perolehi...sape suruh nak jd cg ye...seungguh megah kata2 cg seolah2 cg menidakkan kemahuan dan keperluan org lain..tidak semestinya cg ganti/GSTT yg merungut hanya mengisi tempat kosong tanpa ada keikhlasan dalam hati...sungguh mudah cg menilai seseorang...beginikah cg menilai murid cg...setiap benda pasti ada sebabnye..cg pun menjadi guru ade sbbnya jd jgn merendahkan keinginan org...mungkin dgn pengalaman cg ganti/GSTT dpt memberi lg penjelasan dan petunjuk adakah untuk terus menjadi guru..tidakkah itu dapat mengurangkan cg tetap yg selalu merungut ddan selalu memberi tugas kepada org lain..walaupun menerima gaji besar...sepatutnya kerja cg harus mengikut gaji seperti sektor swasta yg berpangkat tinggi mempunyai tanggungjawab yg lebih besar,begitula sebaliknya...ini di sekolah cg hanya nak DG yg tinggi tapi kerja ketua,pengerusi dan kerja lebih nk diberi kepada cg baru...nak melatih pun agak2 la cg...biar org buat kerja dgn ikhlas jgn terpaksa...

    saya mencadangkan mengajar di sekolah menengah bukan sekolah rendah...smk chung hwa wei sin dan ajar la kelas tengah atau belakang..satu sekolah tidak memberi kesimpulan yg sama cg...

    saya pun GSTT ok je..

    BalasPadam
  11. lupe nak komen satu lagi...lebih sayangkan sofa dari menghormati binatang yg nabi sayang..kalau tak suke jgnlah terlampau mengata kat kucing...

    BalasPadam
  12. penjaga kucing,

    1.cikgu pengalaman tak akan cepat melenting bila dikritik sebab dah terbiasa dengan tekanan.

    2.mana2 sektor pun, pekerja baru akan dibuli dengan kerja2 lebih untuk membentuk daya tahan.

    3. Sy mmg dah terbiasa ngajar kelas2 belakang. Tak kisah pun.

    3. sy tak suka bela kucing tapi sy tetap beri makan kat kucing tak bertuan yang saban hari bertandang kat rumah saya. Nabi tentu suka kan?

    BalasPadam
  13. salam,

    selamat hari raya & maaf zahir batin..
    saya penjaga kucing..
    saya tidak bermaksud sepenuhnya membangkang cikgu,walaupun saya cikgu 'sekejap' tapi rase hormat saya pada cikgu 'tetap' mcm saya pelajar...saya memang panggil 'cikgu' kepada kawan2 cikgu lain kerana saya hormat akan cikgu2 tapi,kekadang cikgu2 kena pandai menilai juga status cikgu 'sekejap' ni,kami ni tak stabil lagi,pendapatan belum terjamin,kalau diarahkan membuat tugas yg sepatutnya kami tak kisah,lebih2 lagi dgn berhemah..tentulah kami rela...dibuli untuk belaja memang tak salah...saya walaupun cikgu'sekejap' tapi dh banyk pandai buat kerja2 sekolah malahan cikgu'tetap' plak bertanya..tetapi yg menjadi ketidakselesaan atas tugas2 yg tak logik yg boleh diselesaikan oleh cikgu 'tetap' dgn mudah..dengan pengalaman yg cetek saya memang mengharapkan sistem pentadbiran sekolah dikemaskini seperti sektor swasta...

    BUkan nak mengomen sangat tetapi niat saya menjadi cikgu ganti dan GSTT dapat juga belajar daripada cikgu 'tetap' cara dan pengalaman mengajar,jadi kalau banyak yg saya tgk macam ni terlalu kecewa..sentiasa ada orang yg tidak puas hati mengenai tugas,nak tukar,nk tarik diri,ade hal,kenapa tidak dilakukan satu sistem penggiliran setiap cikgu berapa kali memegang jawatan ketua dan sebagainya,ini ade yg banyak kali ade yg tak..

    sepatutnya ade satu rekod setiap cikgu yg dah pernah memegang tanggungjawab tertentu supaya takde rase tak puas hati...

    kalau mengenai membentuk daya tahan tu,memangla perlu tetapi bukan hanya bagi tugas dan membiarkan membuat sendiri sahaja,terkapai2 bertanya kesana kemari...sepatutnya dilantik seorang penasihat cikgu berpengalaman dan DG yg tinggi membantu..contohnya seperti saya yg tak pernah mengajar jd GSTT tetiba dilantik ketua nak menguruskan seseuatu dalam sesuatu majlis...walaupun menguruskan dewan untuk majlis adakah itu tugasan kecik bagi yg kosong pengalaman...

    name pebantu saya ramai tetapi fikirlah saya baru lagi disekolah,takkan nak mengarahkan orang membuat ni membuat tu...habis saya kena buat seorang diri...sepetutnya ade seorang cikgu pemantau dan memperkenalkan ahli2 bawah..

    kalau taknak susah tak payah lantik ketua,just pembantu...

    cikgu pengalaman tak mudah melenting bla dikritik??yg saya dengar cikgu2 otai yg ramai 'excuse' dalam membuat tugasan,asyik2 sebut bagila cikgu muda plak ni buat kerja...satu lagi cikgu2 otai ni bila cikgu muda bg cadangan agak sukar nak terima....tak semua la mcam ni tapi yang ade tetap ade kan...

    soal mengajar kelas belakang...yg saya pelik kenapa sistem disekolah suka meletakan cikgu otai mengajar kelas disepan..memang nak prestasi cemerlang..tetapi kelas didepan memang nak belajar jadi cikgu cuma tambah n bantu,sedikit sahaja yg memerlukan perhatian lebih....jadi gunakan lah kelebihan dan teknik cikgu otai untuk meningkatkan pelajar kelas belakang paling kurang amikla satu kelas....

    bahagi sama rata kan senang...ini cikgu yg baru setahun,dua mengajar majoriti dapat kelas belakang,dahla nak memperkemaskan pengajaran dah kena tambah bebanan untuk memberi perhatian kepada pelajar yg tak nak belajar...senanga bahagi sama rate...

    dulu cikgu cakap tak suke kucing bukan tak suke bela kucing...lain maknenya tu...takpela mane2pun asal buat baik pada binatang dah...

    oklah cikgu ye,,,semoga sentiasa cemerlang mendidik anak bangsa dengan ikhlas...selamat hari raya,.,...maaf terkasar bahasa dan cara

    BalasPadam
  14. cikgu malaysia timur27 April 2011 pada 1:02 PG

    apa la cglyn ni..cakap besar...pernah mengajar di Sabah / Sarawak???...kalu pernah bagus la..tapi kalau tak pernah...kalau anda seorang guru sejati yg anda war-war kan tu..saya cabar anda mohon mengajar di Sabah dan Sarawak sekarang jugakk!..buktikan anda guru sejati...yg boleh berhadapan susah senang mengajar di bumi borneo...

    BalasPadam
  15. macam ni ke perangai seorang guru? mybe makcik
    boleh mendabik dada sbb hanya mengajar skola rendah shaja. tekanan mengajar tak sama makcik jika hendak dbndingkan dgn skola menengah. hmm cara makcik menjawab komen pun agak kasar. inikah sikap guru zaman sekarang?

    BalasPadam