Rabu, 18 November 2009


Keputusan UPSR Dah Keluar


Tahniah kepada murid2 ku yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Juga untuk puteraku yang cuma dapat 2A 3B. Kira okey lah tu. Sebelum ni nak dapat C untuk Matematik pun susah. Kat Terengganu ni istimewa sikit berbanding negeri2 lain sebab kat sini ada sekolah elit dan primier untuk murid2 cemerlang yang gagal ke sekolah berasrama penuh. Kepada mereka yang kurang berjaya, jangan menangis. Perbaiki diri di sekolah menengah nanti semoga beroleh kejayaan pada peperiksaan yang seterusnya.


CgLyn : Harap kementerian segera memansuhkan UPSR bagi memberi peluang kepada para pendidik mengembangkan bakat dan kebolehan murid2 secara menyeluruh serta membentuk sahsiah yang terpuji.

Ahad, 8 November 2009


Filem "Gadoh" sarat mesej, sindiran kepada warga pendidik


Cikgu cikgi dah tengok filem Gadoh belum? Kalau belum boleh tengok dalam youtube. Cerita ini mengisahkan sekumpulan pelajar melayu dan cina di sebuah sekolah menengah yang sering bergaduh. Pihak sekolah telah bersetuju untuk mengadakan kelas teater kepada pelajar2 terbabit supaya mereka saling mengenali antara satu sama lain. Seorang penggiat teater telah ditugaskan untuk melatih pelajar2 terbabit. Apa kesudahannya, cikgu cikgi kenalah tonton sendiri. Banyak ikhtibar yang boleh kita ambil daripada filem ini. Menumbuk budak hingga cedera seperti yang dilakukan oleh seorang ustaz baru-baru ini bukanlah cara terbaik mendisiplinkan pelajar. Sepertimana kita mahu suara kita didengari, begitu juga mereka. Usahlah melenting bila dikritik, dan paling penting usah berdendam kepada pelajar. Berlapang dadalah apabila ditegur dan ambil setiap teguran secara positif untuk meningkatkan lagi prestasi.


Ambil masa dan tontonlah filem Gadoh ini sehingga habis.
CgLyn : Aktiviti2 kesenian dan sukan dapat mengeratkan hubungan, mengasah bakat murid, melepaskan tekanan serta menerapkan nilai2 murni. Jadi, marilah kita memulakannya demi kebaikan pelajar2.


Yeh yeh Nogoghi Monang Piala Malaysia

NS = 3, Kelantan = 1

Kemenangan ini hadiah buat Yang Dipertuan Besar NS yang baru Tunku Mukhriz ibni al-marhum Tuanku Munawwir.

DAULAT TUANKU !!!

CgLyn : Tahniah buat pemain NS kerana mempamerkan permainan cemerlang dan mengangkat maruah pasukan bolasepak NS yang dianggap pasukan bukan pilihan untuk menang. Meskipun jauh di Hulu Terengganu, tanah kelahiranku tetap kukenang hingga ke akhir hayat.