Ahad, 27 Jun 2010

Berhentilah Bersungut Wahai Cikgu

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak rungutan daripada warga pendidik tentang bebanan tugas dan kekurangan masa untuk keluarga. Tidak kurang juga yang meminta-minta gaji dinaikkan. Profesion keguruan dilihat seperti tidak menyeronokkan serta membebankan. Mungkin disebabkan “tekanan jiwa” ada guru yang bersikap melampaui batas menghukum pelajar sehingga mencedera dan mengaibkan pelajar berkenaan.

Namun, benarkah profesion ini begitu membebankan? Sudahkah guru-guru yang merungut itu membuat banding beza dengan profesyen2 lain seperti jururawat, polis, nelayan, petani, pekerja kilang dan seumpamanya? Pernahkah tidur lena mereka diganggu dan diarahkan bertugas serta-merta? Pernahkah mereka diarahkan ke luar daerah dan meninggalkan keluarga tercinta berbulan-bulan lamanya? Pernahkah mereka merasai nyawa seperti telur di hujung tanduk ketika keluar bertugas?

Mengapa prestasi pelajar yang menjadi igauan ngeri? Pelajar seperti apakah yang ingin kita hasilkan? Yang lulus peperiksaankah atau yang seimbang rohani dan jasmaninya? Kalau kita memilih yang pertama maka jadilah kita seperti robot yang menyuap pelajar dengan sebanyak mungkin maklumat supaya mereka dapat jawab soalan. Pelajar mungkin dapat keputusan cemerlang dan berjaya ke IPT. Namun selepas itu mereka akan terima kejutan sebab tiada siapa yang mahu menyuap mereka lagi. Pelajar juga tak tahu memanfaatkan ilmu sebab bagi mereka ilmu adalah untuk lulus periksa dengan cemerlang.

Guru tidak sepatutnya berasa tertekan atau terbeban kerana peranan guru adalah pemudahcara. Justeru, guru perlu bijak melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan insan yang seimbang. Bukan semata-mata latih-tubi menjawab soalan yang sungguh membosankan bukan sahaja pelajar bahkan guru. Bersyukurlah kita ditakdirkan menjadi guru yang menikmati gaji tetap yang lumayan, pencen, kemudahan pinjaman, kerja setengah hari dan cuti yang banyak. Kalau adapun kelas tambahan cuma sekali dua dalam seminggu. Kalaupun penat lelah membuat kelas tambahan itu tidak dibayar (biasanya berbayar)anggap sahajalah sebagai sedekah amal jariah yang besar ganjarannya.

Berhentilah bersungut dan berlapang dadalah mendidik anak bangsa seperti mana yang diamalkan oleh guru-guru terdahulu yang menerima gaji jauh lebih kecil daripada yang kita nikmati sekarang ini.

18 ulasan:

  1. Salam. cikgu hari ini bukan macam cikgu dulu. keja cikgu hari ini bertimpa2. Tugas utama mengajar sudah menjadi perkara sampingan ,akibat dari kerja guru hari ini yang rencam.anak pelajar hari ini jangan dibandingkan zaman dulu. dulu cikgu boleh merotan pelajar. anak-anak kini terutamanya melayu sudah tiada akhlaknya. kerana kurang perhatian dan didikan ibubapa.tangan guru sentiasa diikat.kerja jabatan lain selalu tidak dibawa pulang. letak pen dan kertas. x da apa cerita.kalau cuti orang lain ambil alih kerja ... cuti guru banyak ????? sapa kata..jangan sedap mulut bicara ...sapa tanda ...pegawai bomba polis ke yang menanda. mcmmana nak berlapang dada....Ramai guru ada sijil pesakit jiwa. tanyalah doktor....sapa yg paling banyak dalam wad gila .
    pengalaman 23 tahun menjadi guru. nak tahu kerja guru..jadilah guru di sekolah selama yang tahan ...sekadar cadangan..

    BalasPadam
  2. PLEASE DATANG DAERAH NABAWAN/PENSIANGAN...

    BalasPadam
  3. kenapa harus jadik guru sekiranya tugas itu membebankan... tukar lah ke profesyen yg lain... pengalaman ada... kelulusan pon ada... kenapa tidak berhijrah? hijrah itu bagus...

    BalasPadam
  4. Mengapa prestasi pelajar jadi igauan ngeri? Jawapannya mudah je. Prestasi kalau teruk maka kena menjawab la dengan PPD atau JPN. Org atas nak tengok keputusan periksa yang cemerlang je.
    Beban guru? Mungkin anda bernasib baik atau jenis rajin bekerja. Tugas guru berbeza di sekolah yang berbeza. Ada sekolah yang mewajibkan guru datang hampir setiap sabtu. Kadang2 hanya untuk menyiapkan fail, keceriaan atau lebih kejam lagi datang dan buat apa-apa yang patut.
    Naik gaji? Memang patut. Duit cikgu banyak digunakan untuk sekolah dan murid. Nak sediakan soalan ujian bulanan 4 kali setahun kena guna duit sendiri fotostat. Keceriaan kelas guna duit sendiri. Cikgu beri dengan ikhlas tapi dalam keadaan ekonomi yang tak bagus sekarang ni cikgu juga perlu duit lebih.
    Yang saya tulis adalah dari pengalaman saya dan pemerhatian di sekolah lain. Kalau nak diulas artikel di atas memang terlalu banyak. Walaupun cikgu banyak merungut tapi bila melaksanakan tugas mengajar tetap ikhlas dan bersungguh-sungguh. Hanya segelintir sahaja yang mengabaikan tanggungjawab. Malangnya golongan ini yang selalu mendapat liputan berita maka nampaklah sepertiu ramai cikgu kita yang bermasalah.

    BalasPadam
  5. bukan cikgu nak beri suap kat murid,,dah memang amalan skang suap menyuap,,,pelajar susah nak lulus matematik,,,kpm tukar soalan objektif,,,pelajar tak tahu mengira,,kpm benarkan guna kalkulator...
    profesyen2 lain seperti jururawat(murid sakit perut, pening kepala dll), polis (meronda di kawasan sekolah dll), nelayan (bela ikan), petani(berkebun), pekerja kilang(menyusun kertas) dan seumpamanya semuanya dibuat oleh guru,,,,,mereka2 ni sanggupkah kalau disuruh buat kerja guru?
    skang murid mana yg boleh dipaksa untuk belajar(perlu dilahirkan minat untuk belajar),,walhal askar kena latihan yang keras baru boleh berdisiplin,,boleh ke puak askar ni buat latihan dengan inisiatif sendiri,inikan pula budak kecil yg minatnya suka main,,,nak rotan,penampar (boleh ke?tak pasal2 kena dakwa......kerja kursus tak boleh bagi gagal,,,biarlah pelajar yang degil taknak buat kerja,,kena jgk bagi markah),,,bawak kaunseling,kalau mereka nak dengar...cakap cikgu berbuih kat dalam kelaspun mereka tak pakai,,,inikan pula ckp lemah lembut sopan santun,,,dia paling belakang senyum macam kera sumbang,,mengejek kita balik...

    SEBAGAI GURU,,TIDAK PERNAH SAYA JUMPA GURU YANG JADI GURU TAPI TIDAK MINAT KERJA GURU,,,BILA DAH JADI GURU,,MINAT UNTUK MENDIDIK TETAP ADA DALAM HATI...

    BalasPadam
  6. Sebab sifat korang (cikgu) yg terlalu menyibuk membandingkan profession guru membuatkan makin ramai budak berperanggai mcm sekarang...hentikanlah pikir masalah korang, dah tu yang korang pilih...aku percaya ramai jd camni sbb jadi guru ni pilihan kedua sbb jurusan pertama yg korang pilih susah dapat kerja..then KPLI jalan seterusnya....try la jadi engineer kalo rase jd cikgu tu susah..sekian...

    BalasPadam
  7. Betul kata anta.Yg penting niat kita mgajar anak murid kita.Walaupun dengan tekanan kerja yang membebankan.Ana pegang yg ini aje..apabila mati anak adam,maka tputus sgala amalanya mlainkan 3 perkara sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yg mdoakan kita.

    BalasPadam
  8. Dulu dah jadi engineer. Sekarang jadi cikgu. Lagi susah jadi cikgu.

    BalasPadam
  9. Patut pun..orang bebas...fikiran sentiasa terbabas dan lemas...

    BalasPadam
  10. sya tidak pernah mengeluh untuk menjadi pendidik.. tapi had2 pendidik selama ini tidak lagi boleh dipertikaikan.. itu yang menjadikan isu "KERJA GURU MEMBEBANKAN"... saya ingin menegaskan disini... pendapat penulis tentang kejaya guru sangat tidak releven dengan perbandingan semasa... misalnya "Guru" dibandingan dengan jururawat, polis, hakim dan macam2... cuba chek kelulusan semasa guru tersebut.. MASTER @ 1ST DEGREE ? bukan kah semua taraf itu sama sahaja... jadi bandingkan kerjaya guru dengan yang setaraf dengannya sahaja,.... "GURU = POLIS = DOKTOR = AHLI PSIOLOGI = JAGA = HAKIM" bukan kah semua ini kerja guru?

    Nasihat saya : Bandingkan kerjaya guru dengan tutor unitersiti dan kolej ataupun pensyarah... jangan libatkan kerjaya luar....idea itu kurang munasabah...

    Guru prihatin

    BalasPadam
  11. guru dipandang profession kelas kedua,maksud saya dilayan sebagai pegawai kelas kedua, nak dibandingkan dengan profesion lain. guru yang mempunyai ijazah seolah2 tidak diiktiraf sebagai pegawai seperti pegawai dijabatan lain, yang mana mereka mendapat pembantu dan kadang mereka diberikan seorang pemandu serta kemudahan2 lain yang jauh lebih senang daripada seorang guru.bayangkan guru yang bergred dg48/52/54 hanya bekerja seperti guru2 biasa, bersesak2 dalam bilik guru yang sempit, kadang2 tidak berhawa dingin. bayangkan gred yang sama di jabatan kerajaan yang lain, mereka dengan gred ini biasanya adalah pengarah atau pun timb. penagarah mestilah berada dalam suasana kerja jauh beza dengan seorang guru.

    BalasPadam
  12. aku pun tak sokong artikel ni sbb dia tak selidik,main hentam je.artikel takde fakta mcm penulis juga.walaupun pun aku bukan guru, bebanan guru mmg banyak smpai mlm pun masih buat kerja skolah.anak-anak sendiri pun mcm tak sempat dididik sbb bebanan guru.hormati la kerjaya guru wahai penulis

    BalasPadam
  13. siapa kata cikgu merungut......mana kajian?? mana kajian yang cikgu buat tu??kita nak tengok data yang benar..penulis membuat hipotesis sendiri..janganlah pembaca melatah...janganlah kita membanding beza kerja guru dengan profesion lain..masing2 ada kelebihan dan kelemahan..yang pentingnya kita buat kerja kita dengan ikhlas kita tidak perlu menjaga tepi kain orang lain..dan kepada cikgu LYN..kenyataan cigku berunsur mengampu....macamlah semua guru ini merungut(seolah2 cikgu sendiri yang ikhlas berkerja)..kerana nila setitik rosak susu sebelanga....kalau membuat kenyataan biarlah beralas..kerana terlalu ramai lagi guru yang berkerja di pedalaman tanpa kemudahan asas berkerja dengan ikhlas dan lapang dada..dan bagi saya penulisan cikgu aras darjah dua dan berunsur provokasi ....dan saya boleh samakan dengan penulisan berbentuk begini sejak kebelakangan ini terlalu ramai pelajar malas belajar dan tidak membawa buku ke sekolah..kenyataan ini boleh mengguris hati pelajar yang rajin dan ibubapa yang perhatin....membuat kenyataan biarlah berhemah terutamanya rakan sejawat menghentam rakawan sejawat sendiri..sila baca pekeliling.....tidak salah membuat kenyataan tapi biarlah dengan fakta dan kajian sisitematik..kan cikgu ada degree..tak kan tak tahu itu kajian...wassalam

    BalasPadam
  14. salam....

    Saya bersetuju dengan tanpa nama..membuat kenyataan biar berhemah dan fakta yang benar berasaskan kajian lapangan(adanya respondent)...perkara pokoknya kita tidak perlu menuding jari kepada siapa2...kita buat kerja kita dengan ikhlas...kadang2 kenyataan kita berbentuk ikhlas tanpa agenda tersembunyi boleh mengguris perasaan orang lain dan menjadi perdebatan dan kutukan pula...sedangkan yang kita ulas itu..sama profesion..macam meludah ke langit terkena muka sendiri...saya memohon maaf jika kenyataan saya ini mengguris hati penulis..

    BalasPadam
  15. saya bersetuju dengan tanpa nama...setiap benda ade lebih ade kurang, tak elok bandingkan dengan sewenang2nya..tak salah kalau nk jadi guru kalau terpaksa,sekrang ekonomi tak menentu jadi guru bukan pilihan kedua malah menunjukkan guru adalah jawatan yg hebat kerana menjadi rebutan...masih ade lagi jawatan lain tetapi tak menjadi rebutan..dulu tak de yg minat jadi guru sebab jawatan lain org dah dapat,skrg berebut semua...dulu tak de arahan x boleh sentuh pelajar,tu yg pelajar takut dan hormat guru..sekarang semua nk p bawak kat disiplin,kaunseling..macamana pelajar nk hormat guru biasa bukan guru disiplin sebab diaorg dh tau guru xblh sentuh...waktu sekarang nk guru gaji RM500 ke...tgk la zaman ape bro...walaupun gaji naik tugas ditambah lagi..lagi naik lagi banyak kerja...dulu gaji kecik tgkla tugas plak..tgkla gula 1kilo berapa bro...guru banyak cuti ye ke bro..penjawat awam lain balik umah ade kena siapkan ape2 ke..guru tande kertas,tulis ni,tulis tu...cuti xmcm cuti...walaupun aku pernah jd GSTT dan ganti je tapi rase jugak keperitan dan perbezaan tugas guru,dan yg selalu rase disebabkan isteri guru..hari cuti hujung minggu nak rancang p mane2 pun tergendala...penjawat awam lain ade ke camtu..kalau nak bg tugas hujung minggu persekolahan jaganla kacau cuti panjang...ni cuti panjang ade kelas la ape la kat tengah2 cuti...yg kerja bawak balik umah tak masuk lagi...memang patutla gaji kena mahal..

    BalasPadam
  16. kalo banyak komplain pasal guru....ajar je la anak sendiri matematik,sains,bahasa melayu,agama,lukisan...dll.Tak yah pakai guru. Amacam anak nak dengar tak???

    BalasPadam
  17. saya dulu pernah jaadi anggota tentera pada awal tahun 80an. Kerja sebagai tentera anggota pangkat rendah orang kata jadi balaci macam kuli asyik kena kerah dan disuruh buat itu dan ini oleh superior kita sama ada pegawai atau NCO. Walaupun teruk cam mana pun namun kerja tak memeningkan kepala, habis kerja balik dan tak fikir lagi, kalau tak siap sambung esok. Slepas berhenti jadi tentera prebet masuk jadi guru maktab dan sampailah skg dah satu step lagi dapat PHD. Namun kerja sebagai guru penuh cabaran dan perlukan kesabaran dengan keranah pelajar yang berbeza dengan dulu.

    Saya sebenarnya kurang bersetuju dengan artikel ini yang menunjukkan seolah-olah guru sentiasa merunggut dan tak puas hati dengan tugasan mereka. Guru ada seramai empat ratus ribu lebih. Ada ke kajian ilmiah yang dijalankan oleh penulis artikal tentang runggutan guru. Tunjukkan dalam bentuk peratusan berapa ramai yang merunggut. Ada ramai lagi yang diluar sana yang bekerja dengan penuh ikhlas dan tidak merunggut pun. Saya sendiri tak pernah merunggut sebab kerja ini yang saya pilih. Saya sebagai pentadbir sekolah yang melayan 154 guru tak pernah pun dengar guru merunggut tentang tugas mereka tak tahu disekolah lain. Pernah ke penulis tinjau kerja guru dipendalaman sabah dan serawak dan menyelami tugas mereka. Lain kali kalau nak tulis isu-isu sensetif begini kena buat sikit homework jangan asyik ssedap tangan saja. tulisan penulis dibaca oleh ribuan orang dan termasuk juga guru. Kecik hati guru bila membacanya.

    BalasPadam
  18. Sedekad setengah menjadi pendidik, penat jerih sudah dirasa. Tak pernah pun dengar guru BERSUNGUT. Apakah sebenarnya maksud perkataan BERSUNGUT DAN MERUNGUT? Kalau dibandingkan profesion perguruan dan bidang kerjaya lain, guru sebenarnya serba boleh. Guru di sekolah memegang jawatan... pendidik, ibu bapa, doktor, jururawat, polis, pengawal keselamatan, pemandu, akauntan, jurutenik komputer,kaunselor, pakar motivasi, tukang kebun, pegawai anti dadah, pegawai alam sekitar, kerani, penganalisis, pemimpin dan banyaknya tidak terkata. Sepanjang menjadi guru, balik rumah tak sempatpun fikir apa menu makan malam, kerana komitmen kena fikir apa rancangan pengajaran dan pembelajaran esok hari, kena fikir bila nak buat klinik mata pelajaran, bengkel teknik belajar dan menjawab soalan, sediakan modul soalan dan sebagainya. Sebelum tidur, kena berfikir risau pelajar tak lulus periksa. TOLONGLAH beri guru secubit penghargaan... PLEASE. Tak akan ada pemimpin, jurutera, pegawai tinggi, doktor dan sebagainya kalau bukan kerana seorang insan yang bernama GURU. Sekarang cabaran guru lebih besar, Pelajar KEBAL, KEBAL dari segala-galanya, sentuh sikit heboh satu negara. Kami warga guru tak pernah mengeluh, dan tidak akan MERUNGUT. Sekolah luar bandar dan bandar berbeza senarionya, sistem dahulu dan sekarang berbeza, harga barang dulu dan sekarang lagi banyak berbeza. Kenapa guru sentiasa disalahkan, TOLONGlah cari KEKUATAN dan carilah apa SUMBANGAN kami warga guru sejak sistem pendidikan diperkenalkan di negara ini.

    BalasPadam