Sabtu, 26 Disember 2009




Sutan Baginda



Bukan Baginda Sultan tau! Sutan Baginda adalah salah satu teks yang ambe kena kaji dalam tahun pertama pengajian. Novel karangan Shahnon Ahmad ini mengisahkan tentang seorang ahli politik yang gila kuasa. Dia sanggup mempergunakan isteri-isterinya, Uji, seorang ustazah dan Dahlia, seorang ahli akademik. Sutan ni sebenarnya tak pandai. Dia suruh isteri pertama dia yang ustazah tu tuliskan ayat2 Quran berserta terjemahan supaya dapat disesuaikan dengan ucapan2 politiknya. Melalui Uji, dia belajar tentang ayat2 suci dan Hadith, tetapi bukan untuk dipraktikkan, cuma untuk menarik perhatian audien. Kebetulan zaman itu zaman kebangkitan Islam. Jadi, ahli politik kena bijak menggunakan ayat2 suci untuk meraih sokongan. Oleh kerana sering menyelitkan ayat suci dalam ucapannya, Sutan dianggap sebagai tokoh islamik dan digelar Syekh Sutan Baginda.

Kemudian, Sutan kahwin pula dengan ahli akademik bernama Dahlia, seorang anak dara tua yang lebih tua daripadanya. Melalui Dahlia, Sutan belajar berteori dan berfalsafah sehingga dilihat sebagai seorang intelektual pula. Dahlia disuruh untuk merangka strategi politiknya.


Sorang lagi pompuan dalam cerita ini ialah Fidah, seorang penyanyi rock heavy metal yang menjadi pompuan simpanan si Setan eh ...Sutan. Fidah dipergunakan oleh Sutan untuk mencari ketenangan, menceritakan masalah dan alat untuk memerangkap Nirwan, bos Sutan. Fidah pula mempergunakan Sutan untuk kemewahan dan memantapkan lagi kumpulan rocknya, The Sacred Sucker.


Ambe ni bukannya peminat sastera dan pemalas baca novel. Tapi, demi pembelajaran ambe di USM tu, ambe paksa juga mata ambe membaca novel tu. Agak janggal sikit, macamana pub2 boleh menerima kumpulan rock heavy metal yang bingit dengan suara penyanyi yang garau dan serak tu, beraksi di tempat mereka yang dihadiri oleh golongan kelas menengah? Setau ambe, golongan elit sukakan lagu yang menenangkan seperti jazz, r&b dan soul. Kalau yang miang pulak sukakan dangdut. Ambe rasa gerakan2 goyang pinggul dalam dangdut lebih mengghairahkan berbanding rock kangkang ala "kukang". Entah le, pak menteri mana pulak yang sukakan rock heavy metal?


Letih membaca novel ni. Agaknya, untuk memanjangkan novel ini maka dimasukkannya kisah2 seks antara Sutan dengan isteri2 dan pompuan simpanannya. Dalam kepala otak Sutan ni cuma ada seks dengan politik je. Yang paling tak bestnya waktu ending. Tetiba je Sutan jadi tak siuman. Entah pasal apa entah. Hukum karma kut? Sutan suruh si Fidah tu goda Nirwan. Dia mahu Nirwan dikaitkan dengan skandal seks dan hanya dengan cara itulah Nirwan boleh dijatuhkan. Nirwan memang jatuh di tangan Fidah dan Fidah pergunakan Nirwan untuk kepentingan peribadinya. Tapi macam mana dengan Sutan? Kenapa tak teruskan dengan rancangan menjatuhkan Nirwan? Apesal pulak tetiba je jadi gila? Orang lain gila sebab dikhianati atau dijatuhkan, tapi si Sutan ni gila bila hampir2 mencapai matlamatnya. Anti-klimaks betul.


CgLyn : He he he...baru belajar sastera dah menyibuk nak kritik karya orang, karya sasterawan negara pulak tu. Mungkin ambe yang tak faham motif yang cuba disampaikan. Atau ambe sudah terbiasa dengan ending drama melayu - orang jahat last2 mesti jadi gila.

3 ulasan:

  1. anda masih tidak memahami dan anda tidak layak kritik

    BalasPadam
  2. Takpa, itu kan pendapat awak.
    bagus...teruskan menulis tentang novel2 melayu.

    BalasPadam
  3. Apa gred yang anda perolehi bila belajar sastera; bidang yang baru anda kenali tetapi terpaksa ikuti?

    BalasPadam