Sabtu, 19 Disember 2009


Pengalaman manis di USM



Manis ke?....Sebenarnya pengalaman berharga. Ambe bersyukur sebab Allah telah pertemukan ambe dengan rakan sebilik yang boleh ambe contohi. Sebelum ini, ambe tak pernah mengenali mereka. Ambe jumpa mereka semasa hendak mengambil kunci. Kata petugas desasiswa, ambe kena cari 2 orang rakan sebilik. Kebetulan di situ ada dua orang pelajar yang masih belum ada rakan sebilik, jadi ambe ajak mereka menyertai ambe.


Kami memang tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Yang sorang tu, berumur 40 tahun, pelajar tahun 1, berasal dari NS dan mengajar di Johor. Biarlah ambe perkenalkan dia sebagai Kak Z. Yang sorang lagi bernama Diya, berumur 34 tahun, pelajar tahun 2,berasal dan bertugas di Johor.


Persamaan antara kami ialah kami lebih suka berdikari. Kak Z orangnya agak kalut tetapi cepat bertindak. Kak Z juga gila2, kelakar dan suka bergurau (sebenarnya Kak Z seorang guru yang garang). Satu perkara yang ambe kagumi tentang Kak Z ialah dia tidak pernah menggunakan kelemahan diri sebagai alasan untuk tidak belajar atau menyiapkan tugasan. Walaupun kurang mahir dalam ICT tetapi Kak Z tidak segan meminta bantuan rakan sekerja dan anak murid untuk membantu dan menunjuk ajar.


Di USM, ambe ajar Kak Z menggunakan e-mel, berforum di portal dan membangunkan blog sendiri. Kak Z nampak teruja. Dia cakap dia nak campak broadband dia yang ntah apa2 tu, nak tukar dengan streamyx. Kak Z sangat rajin menelaah pelajaran. Sikapnya itu mendorong ambe untuk merajinkan diri menelaah buku2 tebal itu. Bila dah boring membaca, ambe ajak Kak Z bincang soalan pula. Mungkin dengan cara itu kami dapat menjawab soalan peperiksaan.


Satu lagi yang menarik tentang Kak Z ialah dia macam mak2 orang. Suka berleter dan mengambil berat. Beberapa kali Diya kena leter sebab tak mau turun makan. 24 jam mengadap laptop sampai tidurpun depan laptop. Bukan apa, Kak Z risau Diya jatuh sakit sebab tak jaga makan. Sebab tu lah, Kak Z sering bungkus makanan untuk diberikan kepada Diya yang degil tu.

Diya pula ialah senior kami yang belajar di tahun 2. Diya mempunyai rupa paras yang menawan (ada iras2 Shirlee Merlis). Pakaian dan make up dia simple tetapi anggun. Rupa2nya Diya seorang mak andam sambilan. Patutlah lawa bebenor! Diya seorang yang rajin dan teliti dalam kerjanya. Dia mampu menyiapkan dan menghantar semua tugasannya dalam masa 3 minggu di USM(maklumlah kat rumah sibuk dengan famili, kerja dan bisnes). Diya pernah menceritakan tentang kisah hidupnya. Amat menyedihkan. Ambe kagum dengan ketabahan Diya. Diya seorang hamba Allah istimewa yang tahan diuji.


Ambe bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka berdua. Sekurang2nya ambe dapat keluar dari lingkungan Terengganu. Ambe dapat belajar sesuatu yang berharga daripada mereka. Hari ini hari terakhir kami. Diya sudah pulang ke Muar pagi tadi. Ambe akan naik bas ke Kuala Terengganu malam ini. Begitu juga Kak Z akan pulang ke Seremban. Ambe sangat berharap hubungan ini tidak terputus. Semoga mereka berdua sudi menerima ambe sebagai rakan sebilik pada tahun hadapan. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan