Isnin, 18 Januari 2010


Rampasan produk Adi Putra lepas siasatan rapi




PETALING JAYA: “Rampasan yang dilakukan terhadap produk Ubat Penawar Sendi Tulang milik kanak-kanak genius, Adi Putra Abdul Ghani , 11, Sabtu lalu, bukan dilakukan sesuka hati atau berniat jahat. Kami tidak punya apa-apa kepentingan dalam perkara ini,” kata Pengarah Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad.

Menurutnya, kajian berhubung isi kandungan produk berkenaan yang didakwa boleh menyembuhkan sakit sendi dan tulang sudah mula dilakukan di makmal forensik bahagian penguat kuasa farmasi sejak awal November tahun lalu.


“Ujian makmal yang dilakukan kakitangan makmal berulang kali mendapati pil terbabit disahkan mengandungi kimia Dexamethasone iaitu dadah steroid yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.


“Semua ujian makmal terbabit dilakukan secara terperinci menggunakan peralatan paling moden yang boleh mengesan sebarang kehadiran kimia berbahaya yang sengaja dicampurkan ke dalam ubatan atau makanan kesihatan,” katanya.


Menurutnya, tidak timbul isu sama ada pegawai penguat kuasa farmasi sengaja mensasarkan produk Adi Putra berikutan semua tindakan diambil mengikut prosedur selain terlebih dahulu melalui ujian makmal yang ketat.

Dalam pertemuan singkat semalam, Hatta sempat membawa wartawan melawat dua makmal moden KKM iaitu Makmal Forensik Bahagian Penguat kuasa Farmasi dan Makmal Pengujian Produk Unit Penyaringan Campur Palsu KKM yang digunakan khusus untuk menjalankan pemeriksaan terhadap ribuan produk kesihatan.


“Penggunaan alatan moden seperti Gas Mass Spectrum Chrometography (GCMS) dan High Performance Liquid Chrometography (PLC) mampu mengesan bahan asing yang dicampurkan ke dalam ubatan walaupun dalam kuantiti kecil.


“Keputusan yang diperoleh 100 peratus tepat dan tidak perlu diragui. Bukti terbabit kemudian dijadikan asas bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan bagi merampas mana-mana produk kesihatan yang didapati bercampur aduk dengan kimia berbahaya di pasaran,” katanya. Beliau berkata, dakwaan pada pelekat label produk yang mendakwa Produk Ubat Penawar Sendi Tulang dihasilkan daripada rempah ratus seperti halia dan madu ternyata satu fakta tidak tepat dan pihaknya masih menyiasat sumber pembekal produk pil terbabit diperoleh. Menurutnya, pemeriksaan makmal pada enam lagi produk homeopati dipasarkan Adi Putra turut mendapati ia hanya mengandungi bahan sukrose iaitu gula. “Berdasarkan siasatan ketika serbuan, semua pil kecil berwarna kuning itu didapati diimport daripada pengeluar produk Homeopati dari Lahore, Pakistan,” katanya.

hmetro.


CgLyn : Simpati ambe kepada adik Adi Putra. Ramai yang ambil kesempatan terhadap budak genius melayu ini demi memenuhkan kantung masing2. Teringat lagi kenyataan bapa Adi di rancangan AC? Astro. Kata2 yang membuatkan ambe jadi jelik kepada bapa Adi. Kononnya, datang kepada Adi (ilmu laduni) secara berperingkat2. Kononnya, datang Datuk Hang Tuah dalam mimpi bapa Adi dalam bentuk kebijaksanaan selama 3 malam berturut2 dan memberikan nama Adi Putra. Kononnya ubatan itu dicipta oleh Adi sendiri. Sedang MAZA disekat berceramah kerana didakwa tiada tauliah, Adi Putra bebas berceramah ke sana ke mari dengan gelaran Profesor Cilik. Begitu mudah mendapat title itu tanpa perlu ke universiti. Buat ibu bapa Adi, insaflah. Tempat Adi adalah di sekolah. Biarkan dia membesar seperti kanak2 normal yang lain. Tindakan anda yang membenarkan Adi diperguna hanya akan menjahanamkan masa hadapan Adi. Semoga Adi Putra dilindungi Allah sentiasa.

2 ulasan:

  1. Ramai yg ambil kesempatan terhadap budak genius melayu ini demi memenuhkan kantung masing2. Benar sekali, bukan shj dari golongan org Melayu bahkan bangsa asing. Anda menyatakan bahawa anda jelik dgn kenyataan yg dikatakan oleh ayahnya saudara Adi Putra tapi tahukah anda tiada yg mustahil kerana Allah SWT. Apa yg peliknya? Semuanya berlaku kerana Allah SWT. Anda tidak kenal siapa Prof Cilik itu ini kerana anda buta mata hati.

    BalasPadam
  2. Nada Ayah Adi agak sombong dan ternyata dia menipu bila mengatakan Adi yang mencipta ubat itu sedangkan ubat itu hanyalah homeopati dari Pakistan. Klu dah tipu ubat, tak mustahil tipu bab2 mistik. Betul tak?

    BalasPadam