Rabu, 9 Mac 2011

Antara Liwat dan Seks Oral

Pada tahun 1998-99 dulu, media Malaysia tanpa segan silu telah mempopularkan perkataan ‘liwat’. Perkataan tersebut telah mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat Malaysia termasuklah kanak-kanak. Murid-murid sekolah rendah bertanyakan maksud perkataan itu kepada cikgu. Maka terkial-kiallah cikgu mencari jawapan yang sesuai. Ada juga cikgu yang berseloroh mengatakan “liwat” itu ialah”lewat”. Lucunya, ada murid yang membina ayat “Pagi ini saya terliwat.” Ada juga guru yang cuba menerangkan bahawa liwat itu ialah lelaki kahwin dengan lelaki. Namun, apabila murid bertanya bagaimana caranya lelaki kahwin dengan lelaki, cikgu tadi kehilangan kata-kata. Lalu cikgu menjawab, apabila dewasa nanti awak akan faham sendiri.

Setelah lebih 10 tahun peristiwa itu berlalu, kini media Malaysia mempopularkan pula rangkai kata baru iaitu “seks oral”. Kali ini, murid-murid tidak perlu lagi bertanya guru. Segala-galanya dihujung jari. Cuma “google”kan sahaja rangkai kata itu lalu keluarlah segala maklumat siap dengan video demontrasinya sekali. Kanak-kanak yang sentiasa ingin tahu mungkin akan mencuba “seks oral” seperti mana yang dilihat di dalam video itu tadi.

Apa ke jadah media Malaysia membising-bisingkan pasal “seks oral” kepada umum? Buletin apa ke bangang menceritakan pasal “kemaluan masuk ke mulut dan dubur”, pasal “meramas buah dada lelaki”? Lebih baik tukarkan sahaja nama”Buletin Utama” kepada “Buletin Porno” serta kategorikannya sebagai 18SX supaya tak merosakkan minda kanak-kanak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan